Sunday, 8 May 2011

Kenapa perlu ada yang kedua?

Cukup jelas andai diperkata blog kedua sekadar menutup kedaifan saya dalam berbicara bahasa ibunda saya sendiri. Terkadang timbul perasaan malu untuk bertutur Bahasa Malaysia, jangan disalahkan yg tidak boleh diubah. Salahkan yang tidak benar mengajar. Salahkan juga yang tidak ikhlas menerima.

Perasaan malu timbul bukan kerana subjek itu, malu kerana manusia yang tidak sahih dalam fakta mereka. Bahasa ini dibuat paksaan, bukan diambil dan dijadikan keindahan. Disitulah silapnya, dan sebahagian besar kesilapan saya jua. Kerana pada saya hanya ada dua, yang benar dan salah. Tiada yang duduk di atas pagar.

No comments:

Post a Comment