Tidak boleh disangkal lagi, kesalahan yang lain cukup mudah dilihat dan dikesan. Tapi kesalahan sendiri tidak pernah cuba untuk diperbaiki. Langkah pertama bukan menuding, tapi melihat imbasan yang keluar pada cermin itu.
Cukup sempurna refleksi yang anda lihat? Atau akan anda salahkan pula cermin yang memberi imbasan yang salah di mata anda?
ini bukan fakta.
Tuesday, 10 May 2011
Sunday, 8 May 2011
Apa erti peperiksaan?
Langkah sering tersilap dan ketakutan dituju hanya pada yang nyata, bukan yang tersirat. Peperiksaan jawapannya di depan mata, keputusan juga di depan mata. Bukan belajar untuk masa depan, belajar untuk cemerlang dalam peperiksaan. Mana keikhlasan?
Ujian manusia lebih ditakuti daripada ujian Illahi. Mana pergi kedaulatan agama dalam rohani?
Ujian manusia lebih ditakuti daripada ujian Illahi. Mana pergi kedaulatan agama dalam rohani?
Kenapa perlu ada yang kedua?
Cukup jelas andai diperkata blog kedua sekadar menutup kedaifan saya dalam berbicara bahasa ibunda saya sendiri. Terkadang timbul perasaan malu untuk bertutur Bahasa Malaysia, jangan disalahkan yg tidak boleh diubah. Salahkan yang tidak benar mengajar. Salahkan juga yang tidak ikhlas menerima.
Perasaan malu timbul bukan kerana subjek itu, malu kerana manusia yang tidak sahih dalam fakta mereka. Bahasa ini dibuat paksaan, bukan diambil dan dijadikan keindahan. Disitulah silapnya, dan sebahagian besar kesilapan saya jua. Kerana pada saya hanya ada dua, yang benar dan salah. Tiada yang duduk di atas pagar.

Subscribe to:
Comments (Atom)